Friday 27 September 2013

hamba

jauh, tak pernah terlintas, tak pernah dibayang, tak pernah terfikir,
utk dr ini berada di situ..

melihat dirinya yg begitu sempurna pada pandanganku, 

bermacam kata-kata yang terfikir...

"sempurnanya dia" 

"cantiknya ciptaanMu Ya Allah"
"sejuk perut ibunya"
"xmampu utk aku jd seperti dia"

Kekuasaan Allah,
apa yang diatur, tak terjangkau di fikiran, 
indahnya aturan Yang Maha Kuasa, 
mampu membuat hamba yg hina ini, 
tersenyum ketika hati ini didatangi pelbagai soalan

sesungguhnya,
aku jauh dariMu Ya Allah,
mungkin, 
ini adalah masanya,
ini adalah peluangnya,
Kau memilih diriku utk mendekatiMu dengan cara ini.

ku menerima amanah ini, 
bukan kerana ilmu yg cetek ini, 
bukan kerana teguhnya iman di hati,
tapi,
ini adalah medannya,
utk aku mendalami, memahami, mengenali,
Tuhan, Pencipta ku...

sesungguhnya,
tiada ilmu utk ku sampaikan,
tiada pengalaman yg dpt dikongsikan,
tiada apa-apa yg mampu ku lakukan..

tetapi...
ku terima lamaran itu,
sebagai naskah cinta dariMu Ya Tuhan,
walaupun aku jauh dariMu,
utk aku mengenaliMu Ya Rabbi,
ku terima...

Ya Allah,
kurniakanlah aku taufiq & hidayah dariMu,
agar aku menjadi hambaMu yg bersyukur...

"aku seorang naqibah"