Friday 13 February 2015

tq Allah..

13/2/2015

3.13 pm
aku, Midar ngan Kak Engku baru sampai UMT...
dari Kelantan..
specifically,
dari rumah Tuan Guru...

again,
aku speechless dengan aturan Allah yg xmampu akalku capai..
all i can say is Thank You Allah....

smalam (12/2/2015) semua dapat brita.. Perginya Tuan Guru..

dari suasana gembira lepas bukak puasa skali ngan diorg semua,
terus bertukar sayu, sunyi, sepi..
semua menghadap gadget masing2,
scroll semua yg boleh discroll..

kami cadang, nak pegi lagoon lg,
hujung minggu kn,
tempat biasa hari Jumaat kami..

skali terfikir,
drpd aku ngadap langit dlm laut
knapa x aku pegi ziarah Tuan Guru utk kali terakhir..

lgpun dapat berita, Tuan Guru akn dikebumikan esoknya..
dpt ja berita tu,
terus teringat papa... ....

bukak pintu bilik Midar,
"kita g Klantan nak?"
Midar tekejut..
"ikut awk la.."

telefon abglong,
ckp kat dia nak g melawat Tuan Guru,
mintak direction dr abglong..
abglong punya jawapan buat aku senang hati..
"pegi lah, rumah dia senang je......"
aku ckp kat bglong, jgn bgtau mama,
nanti biya aku yg ckp sendiri...

bebelah bagi jgk sbenanye...
aku takut kalau kami g sana,
kami sesakkn jalan,
mostly,
takut susahkn org...

tapi,
lepas solat,
persoalan ni yg datang kat aku..
'kalau sekarang ni zaman Rasulullah, dan yg wafat itu adalah Rasulullah.....'
'kalau yg meninggal itu adlh ayahmu...'

pukol 2.45 pagi,
kami bertolak,
ckp kat abglong nak btolak lepas subuh... *xcall balik, takut dia risau..
ingat nak ajak Fadhil,
buat teman kami,
pikir balik,
xyah la..
tawakal..

kami berenti isi minyak..
aturan Allah... *Allahu...
tengah aku isi minyak,
aku dengar kat blakang aku ada org ckp2,,,
"nak g kb ke?" *aku buat dek, ingatkn dia ckp ngan kwn dia..
"nak g kb ke?" *aku pusing
mata dia tengah pandang aku,
"oh! ha ah"
"berapa org? dari mana?"
"3, kami dr umt"
"perempuan semua??"
"ha ah"
"beraninya.."
*sengeh "encik nak g kb jgk ke?"
"ha ah, meh la konvoi skali"
*Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim*

yup,
they keep their words,
diorg bawak wira, meaning that blh kalau dia nak pecut tinggal kami,
tp dia bawak relax ja..
mula2,
ada 3 kreta konvoi skali. *termasuk cil
xbrapa lama tu..
jalan xsunyi dah...

kami berpecah sbb diorg brenti makan..
kami teruskan perjalanan... *maaf xsempat nak ckp terima kasih

dlm pukol 5 pagi,
kami sampai di Kampung Pulau Melaka..
cari-cari masjid,
5.40 pagi, jumpa masjid tepi jalan,
masuk, rehat kejap,
solat subuh..

dlm masjid,
cakap2 dgn sorg jemaah,
katanya dia dari Kedah...
pukol 12.30 tengah mlm,
dia, suami ngan anak bertolak...
sampai situ sbelom subuh.....
*Allahu....

pkol 7 lbh,
kami call abg Mat,
sbb lepas parked,
kami xnampak perempuan,
kami nampak lelaki ja..

mintak tolg abg Mat lead kami,
Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami lg..

sampai di perkarangan masjid,
dah ramai yg menanti...

alunan ayat Quran xpernah sunyi...
disusuli dengan takbir! *Allahu....

lepas tu,
ada ucapan dr pemimpin2 negara yg hadir..

aku xingat pukol brapa...
org ramai dibenarkan utk menatap wajah Tuan Guru buat kali terakhir..
kami antara org2 yg teringin sgt2...

waktu tu,
bacaan Al-Fatihah dari orang ramai xberhenti..
bacaan yg buat aku meremang..
bacaan yg meresap dlm hati...
bacaan yg bunyinya macam guruh sebelum hujan...
bacaan yg seragam dan mampu menggetarkan hati...
*Allahu...

we made an attempt..
utk kedepan..
tp masa tu dah pukol 9 lebih...
& diorg mintak muslimat bagi laluan utk muslimin buat solat jenazah..

kami redha,
bukan rezeki kami utk tatap wajah Tuan Guru...

kami mintak laluan utk keluar dr org ramai..
aku jalan tunduk tengok jalan sambil mintak laluan...
yg aku nampak;
kaki-kaki manusia yg xputus2 utk buat aku tunduk sepanjang jalan...
'weyh, bila nak habis ni..' *dlm hati..
sedar xsedar,
dlm masa beberapa jam ja,
ramai... i mean sangat ramai...
manusia2 yg hadir utk beri penghormatan kpd Tuan Guru..
xkira pangkat, xkira usia, xkira warna, xkira lainnya fahaman politik

dalam perjalanan balik ke kreta,
kami tengok kat depan,
segerombolan manusia tengah lawan arus ngan kami..
baru sampai...

tengok orang2 yg sangat ramai menuju ke masjid...
buat aku terfikir,
ni ke gambaran pahala yg dah Tuan Guru buat semasa hidupnya?
mengalir tanpa putus,
mungkin pahalanya akan sentiasa mengalir,
krn ilmunya yg bertebaran...
*Allahu...

kami tinggalkan perkarangan Kg Pulau Melaka..
sayu hati..
tp xpa lah,
Allah dah aturkan kami berada di sana sekejap pun cukup..

xtidur hampir 12 jam..
lepas makan,
kami bertolak balik...
perjalanan yg masih sayu..

bercerita dgn Midar while kak Engku kepenatan kat blakang..
cerita tentang hidup.... mati....

crita pasal hidup,
xlari dr crita cinta..
apa yg terbuku dlm fikiran aku,
aku luahkn hr ni...

"sekiranya seorg lelaki, memilihmu utk dijadikan isteri, maksudnya, dia percaya yg kamu mampu melengkapkan hidupnya, membahagiakannya, tapi, kalau dia xpilih kamu, maksudnya ada org lain yg dia lebih percaya utk serikan hidupnya... so... berbahagialah dengan pilihannya, sbb kebahagiaan seseorg yg kita syg adlh kebahagiaan kita jgk..."

panjang lebar aku membebel dkt Midar soal hati...
jawapan dia... "baik kak piaaaaa~"

kami beralih soal mati plk....

kalau aku yg mati...
berapa ramai yg akan datang ziarahi manusia yg jahat ni...
berapa ramai yg menangisi..
berapa ramai yg puas hati..
berapa ramai yg bertepuk tangan...

semua soalan ni bg aku 1 jawapan...
jadi la hamba yg baik piaaaa......

Allah dah tunjukkan kami,
apa itu husnul khotimah yg kami minta...

cuma usahanya perlu lebih dr yg lain,
sbb kau tu pendosa tegar, pia...

Midar reached her limit,
aku biarkn dia tidur..
tp tidurnya xlena...
mungkin xslesa..

lepas tu, kami brenti solat dekat masjid..
pukol 3.13 pm,
kami sampai kat umt...

serius xtipu,
mata aku hampir nak tertutup...
aku tahan je time drive..
sbb Midar ada appointment dgn SV dia...

dah sampai bilik,
aku rasa nak ja tidur sampai Maghrib..
tp xleh lak, mungkin sbb nescafe td~
end up, i'm typing apa yg jd hari ni.........

call mama,
tanya mama buat apa..
mama ckp tengah tengok tv, pengebumian TGNA..
"ada nampak org???"
"Ya Allah..... anak~"
mama nak marah sebenarnya,
sbb pergi xbgtau...
tp aku bgtau la mama yg aku mintak izin banglong....
aku ceritakan pertolongan Allah yg xputus-putus iring kami spanjang perjalanan...

aku ceritakan balik apa yg aku lalui kat mama..
end up,
we both cried...

all i can say is....

Terima Kasih Ya Allah...
Kau xpernah gagal dalam perancanganMu utk membuat hatiku bergetar takut dengan kekuasaanMu
Ya Allah.....

Terima Kasih Ya Allah..
kau berikan aku tenaga yg cukup utk aku harungi hari yg penuh syahdu ini...

kami xmampu utk bayangkan apa yg terjadi pada hari wafatnya KekasihMu,
tapi...
Terima Kasih Ya Allah
kerana Kau beri kami merasai betapa sayunya hari pemergian pengikut Rasulullah ini....

peace be upon you...
tq Allah..........


No comments:

Post a Comment