Friday 19 December 2014

another night with adik2 dip

hari ni kami 4 kereta pergi pusat rawatan Darussyifa'
aku bawak Asma, segan plak sorg2 je 'kakak' kat situ~ haha

sampai sana,
dapatkn rawatan,
mcm2 'ragam'/'cara' diorg terpaksa hadapi
adik2 ni kepenatan definitely
lepas solat Jumaat kami pergi
balik lepas asar.....

hantar adik2 balik,
lepas tu aku ngan Asma pegi bejoli~ *haha
nak g makan sebenanye
so ke mydin la kami sbb nak tempat beraircond
laaaammmmaaaa kami kat sana
sbbnya,
nak tunggu roti harold murah! *haha

lepas tu... balik laaa....
aku rasa aku baru duduk 5-10 minit,
dapat call dr Nazirah
dia mintak aku g blok diorg
budak pompuan yg sakit tu nak jumpa *aku bg nama dia A laa
apa lg
fikir mcm2 dah ni dlm otak
'dia xpuas hati ngan aku ke eh?'
'aku ada buat salah ke?'
so aku ajak Kein follow

sampai sana,
aku jumpa kak Bad ngan Nazirah dulu
tanya apa yg patot
pastu br ke bilik A
masuk2, dia ok je
pastu aku tanya2 la
aku xnak buat apa2 sbenanye
sbb aku rasa dia dah penat
so aku borak2 je ngan dia
xnak bg dia risau melampau

pastu aku suruh dia minum air
lepas minum air,
dia terus berubah
sesak nafas, mcm nak muntah
aku pegang je dia
baca apa yg aku tau
biya dia bertenang
Alhamdulillah relax balik

dia cakap kat kami
"saya xkuat"
mungkin tengah sedih dgn keadaan
so terpaksa la aku membebel kat dia
ala2 usrah pon ada jugak tadi~

xbrapa lama tu
ustaz sampai
kali ni
bukan Darussyifa'
tapi Bathamim
sama jugak mcm Darussyifa'
Bathamim juga rawatan Islam

Alhamdulillah
lepas ustaz balik,
diizinkan Allah
A blh tido dgn tenang

aku ingat nak stay kat sana
tp memandangkn aku kene hantar F pegi airport esok *pesakit jgk
so, aku balik la

p/s:
kadang2 xda siapa yg dapat tolong kita
melainkan diri sendiri yg kene kuat
dengan cara minta pada Allah

kadang2 kita perlukan semangat
& org yg kita percaya adlh org yg terbaik utk bg kita semangat

bayangkn,
bila kau down
kau kongsi prob kau dengan org yg kau percaya,
for sure kau akn rasa tenang kn?
xpon, rasa kurang sikit beban yg kau tanggung

mcm tu la A td,
dia nak semangat ja
aku tanya dia, rasa macam mana sekarang?
"lepas akak datang, rasa ok sikit"

bukan sebab aku ada apa2,
cuma A yg percaya, aku ada sbg seorg kakak yg dpt jaga dia..
sbb tu dia rasa ok

kadang2 Allah hantar bantuan melalui org2 disekeliling kita
cubalah, usahakanlah, utk jadikan dr kita bermanfaat pada org lain
& at da same time
kita xsusahkan org....

.............................

xtau nak cakap apa dah
esok sbelom pukol 8 kene bertolak




hopefully
i can have a coffee before i go

...................

peace be upon u

No comments:

Post a Comment